Sabtu, 26 Julai 2008

Artis Pujaanku

Salah satu kegemaran saya adalah menonton rancangan Suria. Menonton rancangan-rancangan Melayu di Suria dapat menenangkan fikiran saya setelah penat bersekolah. Artis pujaan saya ialah Mastura Ahmad dan Era Farida. Mereka mempunyai bakat yang besar dan hebat. Mereka juga pelakon wanita terbaik di Suria.

Antara mereka berdua, saya lebih minat pada Era Farida. Era Farida seorang wanita yang amat berani. Berbagai-bagai watak yang dia pernah lakonkan. Kadang-kala, dia juga seorang pelawak. Ketika dia membuat lawak, saya amat geli hati dan tidak boleh tahan dengannya.

Sekarang,dia sedang berlakon cerita Segaris Sinar 1988. Dalam cerita ini, dia membawa watak seorang mak cik tua yang amat kasihan kepada seorang budak lelaki.
Cerita itu amat menyedihkan. Cerita ini juga menunjukkan berbagai emosi dan perasaan seperti menyesal dengan perbuatannya, sedih dan kecewa.

Mastura Ahmad pula seorang pelawak yang hebat. Saya amat minat apabila dia mengacara rancangan K Nite. Cerita itu tentang artis-artis Suria. Ketika dia menyanyikan lagu-lagu, suaranya lucu bila didengar. Suaranya tidak sesuai untuk nyanyian. Sumbang kedengaran lagu-lagu yang didendangkannya. Pakaiannya pula sesuai dengan wataknya dalam rancangan itu. K Nite sebuah rancangan yang menghiburkan hati saya.

Alangkah nikmatnya kalau dapat berjumpa dengan artis pujaan saya.

Jumaat, 25 Julai 2008

Kegemaran saya yang Terkini

Saya mempunyai banyak kegemaran. Selain bermain badminton, salah satu kegemaran saya juga ialah membuat blog. Sejak kebelakangan ini, saya amat gemar menulis blog.
Menulis blog itu merupakan suatu aktiviti yang seronok kerana kita boleh berkongsi cerita antara satu sama lain. Kita juga boleh berkongsi berbagai-bagai kejadian yang berlaku pada diri kita seperti kisah-kisah sedih, gembira dan juga cabaran-cabaran yang kita lalui setiap hari. Blog ini seperti sebuah buku diari yang hendak saya kongsikan.

Guru Bahasa Melayu saya, Cikgu Azrina, juga sudah banyak meluangkan masa bersama saya untuk menyiapkan blog tersebut. Cikgu saya seorang yang rajin dan suka menolong murid-muridnya membuat kerja seperti blog saya ini.

Pada hari pertama, saya memulakan blog tersebut dengan hati yang kosong. Sebenarnya, saya tidak tahu apa itu blog walaupun saya pernah membaca blog orang lain. Kini, dengan bantuan Cikgu Azrina, saya semakin mahir menuils blog dan telah mempelajari banyak perkara baru yang berkaitan dengan menulis blog. Saya juga tidak akan lupa jasa cikgu yang menolong saya membuat blog ini.

Menulis blog juga banyak faedahnya. Bukan sahaja saya dapat berkongsi pengalaman dengan orang lain, saya juga dapat meningkatkan mutu Bahasa Melayu saya dengan menggunakan Bahasa Ibunda saya untuk berblogging. Rakan-rakan sedarjah juga dapat mengenal saya dengan lebih rapat melalui blog saya ini kerana Cikgu Azrina telah membantu mempromosikan blog saya kepada rakan-rakan sedarjah.

Kini, saya gemar menulis blog. Saya harap saya dapat teruskan usaha saya menulis blog ini walaupun tempoh untuk peraduan ini hampir tamat. Di masa hadapan, selepas peraduan ini berakhir, saya ingin berkongsi tentang perkara-perkara lain seperti pengalaman saya dalam isu-isu lain. Tidak sabar rasanya untuk bebas menulis tentang topik-topik lain.

Inilah Cikgu Azrina, guru Bahasa Melayu saya.

Makanan kegemaranku

Makanan kegemaran saya ialah mi sop, mi siam, makanan laut ala tom yam dan nasi ayam. Semua makanan ini amat lazat. Selain makanan Melayu, saya juga gemari memakan ala Barat seperti burger ayam, fish and chip, spageti dan chiken chop. Makanan ala Barat juga lazat dan lembut apabila dimakan.

Selain itu, makanan tradisional juga menjadi makanan kegemaran saya. Makanan tradisional yang saya gemari ialah kuih-muih Melayu dan keropok lekor. Saya gemari kuih-muih seperti suji, makmur, kuih tat dan banyak lagi. Keropok lekor dibuat daripada ikan. Kita boleh memakan dengan cili sos atau sambal. Bentuknya panjang dan sedikit keras.

Kadang-kala,ia tebal tetapi lembut dimakan. Makanan tradisional selalunya boleh didapati daripada Malaysia. Malaysia mempunyai banyak negeri yang besar. Di situ juga mereka membuat makanan tradisional. Keropok lekor juga datang daripada Kelantan. Ia amat lembut sebelum digoreng.

Warna kegemaranku


Saya mempuyai beberapa warna kegemaran. Warna-warna yang saya gemari ialah biru, merah, jingga dan hijau. Warna-warna ini akan membuat hati saya gembira dan tenang. Setiap kali saya hendak membeli-belah, saya akan memilih barang-barang yang berwarna warna-warna tersebut. Selain itu, saya juga memilih barang-barang tersebut berdasarkan seperti harga, kulit, jenama dan kualitinya.

Pendapat saya terhadap warna tersebut mempunyai makna yang tersendiri bagi saya.
Contohnya, warna biru ialah warna yang dapat menenangkan hati dan fikiran saya terhadap semua masalah yang saya sedang hadapi. Merah pula menunjukkan mood saya yang amat marah, cemburu ataupun berani. Manakala, jingga ialah warna yang sentiasa ceria dan suka membuat kawan lebih rapat. Bagi saya pula warna hijau melambangkan seorang yang baik, jujur, rajin dan bijak.

Semua warna mempunyai sifat tersendiri bagi hidup saya. Apabila saya hendak membeli hadiah, saya juga akan memilih hadiah berdasarkan warna yang sesuai untuk orang tersebut. Inilah kisah warna kegemaranku.

Idolaku


Saya mempunyai seorang idola. Namanya ialah Taufik Hidayat. Bukan Taufik Batisah, Idola Singapura tetapi Taufik Hidayat, seorang pemain badminton yang handal. Dia juga seorang pemain badminton yang terbaik dan terkenal di dunia. Dia berasal daripada Indonesia. Dia dilahirkan pada 10 Ogos 1981. Dia juga pernah memenangi sebanyak enam pingat emas.

Ketika kecil dahulu, dia pernah memasuki kelab SGS. Pada waktu itu, dia berlatih dengan seorang jurulatih bernama Surimat. Dari situ juga, dia menjadi mahir bermain badminton. Dia seorang lelaki dewasa yang gagah, bijak dan rajin. Kerana itulah dia berjaya dalam sukan badminton. Selain itu, dia tidak pernah berputus asa untuk mengembangkan kerjayanya sendiri.

Taufik seorang yang amat berdislipin dalam badminton. Dia selalu berlatih bermain badminton pada bila-bila masa sahaja. Selain berdislipin, dia juga seorang yang peramah, jujur dan sentiasa bekerja keras.

Itu sahaja tentang idolaku. Sekarang, giliran aku pula mengejar impianku. Semoga satu hari nanti, aku akan berjaya dalam sukan ini seperti idolaku.

Khamis, 24 Julai 2008

Taufiq Hidayat, Pemain Badminton Yang Dikagumi

Taufiq Hidayat, pemain badminton idola saya. Bukan sahaja hebat bermain badminton tetapi kacak juga.

Selasa, 22 Julai 2008

Satu Lagi Kisah Lucu... Sewaktu Membeli-belah Pula


Satu lagi kisah lucu yang saya ingin ceritakan berlaku ketika saya melakukan satu lagi aktiviti kegemaran saya iaitu membeli -belah. Kakak dan datuk menemani saya ke pusat membeli-belah di bandar. Setelah tiba di sana, saya terus masuk ke dalam sebuah gedung membeli-belah lalu mula membeli-belah. Saya membeli barang-barang seperti sabun pencuci muka, minyak wangi dan lain-lain lagi.

Selepas memilih barang-barang yang dikehendaki, saya dan kakak pergi beratur di kaunter pembayaran. Datuk saya menunggu di luar kerana kepenatan menemani kami adik-beradik berjalan-jalan. Selepas beberapa minit, tiba giliran saya untuk membayar. Setelah kasir yang bertugas itu memasukkan barang saya yang terakhir, dia pun menekan jumlah harga barang tersebut. Saya dan kakak amat terperanjat ketika melihat jumlah harga barang-barang tersebut.

Jumlah harga barang-barang yang kami pilih itu hampir mencecah dua ratus dolar. Saya berlari menuju ke datuk saya dan meminta duit. Pada masa itu, datuk saya belum keluarkan duit daripada bank. Datuk menyeluk sakunya tetapi dia mengeluarkan duit ringgit Malaysia pula. Saya berasa amat cemas dan tidak tahu hendak buat apa. Saya juga menyuruh kakak saya memberitahu kasir tersebut supaya menunggu saya mengeluarkan duit. Kasir itu menunggu saya dengan sabar. Barang-barang yang kami pilih itu diketepikan di kaunter tersebut.

Saya terus lari ke arah mesin mengeluarkan wang yang berhampiran dengan gedung itu. Selepas mengeluarkan duit, saya patah balik ke tempat kedai itu. Kakak saya mengambil duit lalu memberikan kepada kasir tersebut. Saya berasa amat bersyukur kerana datuk saya ada dan membayarkan harga barang tersebut. Namun, ada juga perasaan malu. Kini, saya sering beringat-ingat sebelum memilih barang-barang sewaktu membeli-belah.