Sabtu, 19 Julai 2008

Kegemaran Saya

Kegemaran ialah sesuatu yang diminati oleh seseorang. Terdapat banyak kegemaran seperti bermain hoki, membaca buku cerita, membeli-belah dan lain-lain lagi. Saya juga mempunyai kegemaran. Kegemaran saya ialah bermain badminton. Sejak kecil lagi, bapa saya telah mengajar saya bagaimana untuk bermain badminton. Ketika itu, saya langsung tidak tahu bagaimana hendak memukul bulu tangkis. Ayah saya juga mengajar saya cara memegang raket badminton. Lama-kelamaan, saya sudah mahir bermain badminton dan amat menyukai permainan itu.

Setiap hari Ahad, saya selalu bermain badminton bersama kakak dan adik saya. Saya juga banyak berlatih bersama ayah. Kami bukan sahaja bermain di gelanggang badminton. Kadang-kala, kami bermain badminton di ruang tamu dalam rumah juga. Permainan badminton ini boleh dimain pada bila-bila masa tidak kira pagi atau petang.

Untuk bermain badminton, kita perlulah ada raket badminton dan bulu tangkis. Raket yang saya gunakan dibelikan oleh ayah untuk menggalakkan saya terus bergiat dalam sukan ini.

Bila saya dewasa nanti, saya bercita-cita hendak menjadi seorang jurulatih badminton yang terkenal di seluruh dunia. Saya sedar saya perlu bekerja keras untuk mencapai cita-cita saya dan tidak berputus asa. Saya berharap agar cita-cita saya menjadi impian.



Raket mainan untuk kanak-kanak. Lucu, bukan?

Bulu tangkis

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sewaktu saya kecil, saya juga pernah bermain badminton di dalam rumah. Saya masih ingat lagi bulu tangkis saya tersangkut di lampu "chandelier". Terpekik arwah ibu saya kerana lampu itu amat mahal.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun tahu cara bagaimana taktik untuk bermain badminton dengan pantas.Saya bermain badminton sejak saya darjah satu.Saya kalau bermain badminton bulu tangkis itu tidak akan pernah jatuh,maklumlah saya ini kan jurulatih terbaik daripada semua

Tanpa Nama berkata...

Saya langsung tidak tahu bermain badminton. Apabila saya main, selalu bulu tangkis saya jatuh. Tidak ada orang dalam keluarga saya tahu bermain badminton kecuali bapa saya dan tidak ada orang pun mahu mengajar saya. Pandai awak bermain badminton,Umaira!!

Tanpa Nama berkata...

saya pun pernah main badminton tapi bukan sangat bagus dan bapa saya yang mengajar saya untuk bermain badminton .sekarang kami sekeluarga jarang bermain biasanya menunggang basikal

Tanpa Nama berkata...

Saya pun tahu bagaimana untuk bermain badminton.Saya bermain badminton sejak saya kecil.Jikalau saya tidak mempunyai tugasan atau kerja rumah,saya akan bermain badminton di bawah kolong bersama keluarga saya.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun tahu cara bagaimana taktik untuk bermain badminton dengan pantas walaupun bermain badminton susah tetapi bagus untuk bersenam setiap hari Sabtu dan Ahad.Saya akan bermain badminton apabila saya tidak ada tugasan atau kerja rumah dan bermain badminton di ruang tamu atau di luar rumahku..