Selasa, 22 Julai 2008

Satu Lagi Kisah Lucu... Sewaktu Membeli-belah Pula


Satu lagi kisah lucu yang saya ingin ceritakan berlaku ketika saya melakukan satu lagi aktiviti kegemaran saya iaitu membeli -belah. Kakak dan datuk menemani saya ke pusat membeli-belah di bandar. Setelah tiba di sana, saya terus masuk ke dalam sebuah gedung membeli-belah lalu mula membeli-belah. Saya membeli barang-barang seperti sabun pencuci muka, minyak wangi dan lain-lain lagi.

Selepas memilih barang-barang yang dikehendaki, saya dan kakak pergi beratur di kaunter pembayaran. Datuk saya menunggu di luar kerana kepenatan menemani kami adik-beradik berjalan-jalan. Selepas beberapa minit, tiba giliran saya untuk membayar. Setelah kasir yang bertugas itu memasukkan barang saya yang terakhir, dia pun menekan jumlah harga barang tersebut. Saya dan kakak amat terperanjat ketika melihat jumlah harga barang-barang tersebut.

Jumlah harga barang-barang yang kami pilih itu hampir mencecah dua ratus dolar. Saya berlari menuju ke datuk saya dan meminta duit. Pada masa itu, datuk saya belum keluarkan duit daripada bank. Datuk menyeluk sakunya tetapi dia mengeluarkan duit ringgit Malaysia pula. Saya berasa amat cemas dan tidak tahu hendak buat apa. Saya juga menyuruh kakak saya memberitahu kasir tersebut supaya menunggu saya mengeluarkan duit. Kasir itu menunggu saya dengan sabar. Barang-barang yang kami pilih itu diketepikan di kaunter tersebut.

Saya terus lari ke arah mesin mengeluarkan wang yang berhampiran dengan gedung itu. Selepas mengeluarkan duit, saya patah balik ke tempat kedai itu. Kakak saya mengambil duit lalu memberikan kepada kasir tersebut. Saya berasa amat bersyukur kerana datuk saya ada dan membayarkan harga barang tersebut. Namun, ada juga perasaan malu. Kini, saya sering beringat-ingat sebelum memilih barang-barang sewaktu membeli-belah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ooooh... membeli-belah... topik kegemaran saya. Saya pun suka sangat membeli-belah. Pernah sekali saya terlupa membawa kad ATM saya. Terasa macam hendak pulang sahaja untuk mendapatkannya.

Akhirnya, saya bongkar saku-saku dalam beg saya. Rupa-rupanya ada wang hampir $200 di dalam beg saya. Dapat saya berbelanja juga.

Cikgu Azrina

Tanpa Nama berkata...

Saya pun suka membeli-belah kerana saya boleh membeli beg dan pena baru. Saya tak mampu untuk membeli barang mahal kerana kita boleh hilang wang!

Contohnya...

Mak saya suka membeli-belah tetapi,apabila wangnya habis,Mak saya akan pulang rumah dan mintak bapaku wang lagi!