Selasa, 22 Julai 2008

Kisah Lucu Ketika Bermain Badminton

Saya teringat akan satu kisah lucu sewaktu saya bermain badminton suatu ketika dahulu. Ketika itu, saya sedang bermain di kolong blok saya bersama adik saya. Sedang kami seronok bermain, tiba-tiba bulu tangkis itu tercampak ke tempat lain dan hilang.

Saya dan adik dengan cepat mencari bulu tangkis itu kerana bulu tangkis itu kepunyaan jiran saya. Kalau kami hilangkan, pasti harus mengganti rugi harga bulu tangkis tersebut. Selepas beberapa minit mencari di sekeliling kami, saya ternampak suatu benda yang berbulu. Saya pergi ke tempat tersebut dan meraba-raba benda tersebut. Rupa-rupanya, bulu tangkis itu tersangkut di atas telefon awam.

Saya dan adik berasa lega setelah menjumpai bulu tangkis itu. Kemudian, kami sambung bermain di kolong blok Kali ini, kami bermain dengan lebih berjaga-jaga. Takut kalau-kalau perkara itu berulang lagi. Kami pun bermain dengan gembira. Itulah kisah lucu yang pernah saya alami ketika bermain badminton.

Sabtu, 19 Julai 2008

Kegemaran Saya

Kegemaran ialah sesuatu yang diminati oleh seseorang. Terdapat banyak kegemaran seperti bermain hoki, membaca buku cerita, membeli-belah dan lain-lain lagi. Saya juga mempunyai kegemaran. Kegemaran saya ialah bermain badminton. Sejak kecil lagi, bapa saya telah mengajar saya bagaimana untuk bermain badminton. Ketika itu, saya langsung tidak tahu bagaimana hendak memukul bulu tangkis. Ayah saya juga mengajar saya cara memegang raket badminton. Lama-kelamaan, saya sudah mahir bermain badminton dan amat menyukai permainan itu.

Setiap hari Ahad, saya selalu bermain badminton bersama kakak dan adik saya. Saya juga banyak berlatih bersama ayah. Kami bukan sahaja bermain di gelanggang badminton. Kadang-kala, kami bermain badminton di ruang tamu dalam rumah juga. Permainan badminton ini boleh dimain pada bila-bila masa tidak kira pagi atau petang.

Untuk bermain badminton, kita perlulah ada raket badminton dan bulu tangkis. Raket yang saya gunakan dibelikan oleh ayah untuk menggalakkan saya terus bergiat dalam sukan ini.

Bila saya dewasa nanti, saya bercita-cita hendak menjadi seorang jurulatih badminton yang terkenal di seluruh dunia. Saya sedar saya perlu bekerja keras untuk mencapai cita-cita saya dan tidak berputus asa. Saya berharap agar cita-cita saya menjadi impian.



Raket mainan untuk kanak-kanak. Lucu, bukan?

Bulu tangkis

Jumaat, 18 Julai 2008

Membeli-belah

Satu lagi kegemaran saya ialah membeli-belah. Saya selalu ditemani oleh datuk saya ketika saya hendak pergi ke pusat membeli-belah seperti IMM, Jurong Point dan banyak lagi. Di dalam keluarga saya, ibu dan datuk saya juga suka membeli-belah. Minat saya kepada membeli-belah datang daripada mereka kerana mereka sering mengajak saya ikut serta setiap kali mereka keluar berbelanja.

Setiap kali saya membeli-belah, saya suka membeli barang-barang berjenama yang mahal harganya. Jenama-jenama yang saya gemari adalah Bonia, Gucci dan Adidas. Sebulan sekali, saya akan berbelanja membeli banyak barang seperti mainan, telefon bimbit, cermin mata dan alat solek. Saya juga pernah berbelanja sehingga wang saya habis. Kegemaran ini membuat saya menjadi seorang yang boros. Membeli-belah adalah sesuatu kegemaran yang akan menggembirakan hati saya jikalau saya sedang bersedih. Apabila saya bosan, selepas sekolah, saya akan pergi membeli-belah seorang diri. Selain membeli-belah, saya juga suka bersiar-siar dan menonton wayang.

Jenama Adidas yang saya gemari


Satu lagi jenama kegemaran saya, GUCCI. Mahal sekali!